? ??????????????Holy Crap!? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??14 Grabs Today. 2659 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Creepy!? ????? ?? ???Rating: 3.5 (2 Ratings)??8 Grabs Today. 669 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????You BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 20 Julai 2009

Broadband Dan Kehidupan...

Sepintas mengenai broadband.....

1. Apa itu broadband?
Ialah satu perkhidmatan internet jalur lebar yg mempunyai kelajuan yang tinggi.

2. Adakah streamyx itu broadband?
Ya.Streamyx adalah perkhidmatan broadband yg diperkenalkan olehTMNet

3. Adakah broadband memerlukan talian telefon?
Wirelessss BroadbanYa.Perkhidmatan ini memerlukan talian telefon (copper).Jika tiada talian telefon memang tak boleh pakai kecuali menggunakan Wid.

4. Apa kelebihan broadband?
Ianya laju..lebih laju dari menggunakan modem dial-up.
Dial-up modem mempunyai kelajuan diantara 28.8kbit/s atau 56kbit/s manakala broadband mempunyai kelajuan diantara 256kbit/s dan 10Mbit/s, bergantung kepada perkhidmatan yang anda pilih..



Selidik dulu maksud internet....

Internet adalah wadah komunikasi yang telah mempercepatkan, mempermudahkan hubungan serta capaian maklumat.

Lebih 400 juta manusia dianggarkan menggunakan lebuhraya maklumat internet setiap hari

Internet merupakan rangkaian komputer terbesar di dunia dengan sumber maklumat global dimana maklumat boleh diperolehi dalam beberapa saat sahaja.

Internet membolehkan komunikasi dan pertukaran maklumat dilakukan secara bebas. Ringkasnya, Internet adalah rangkaian komputer antarabangsa yang disambungkan dan boleh dicapai oleh sesiapa saja yang ada dalam rangkaian tersebut.

Internet broadband pula....

Teknologi internet broadband secara umum didefinisikan sebagai jaringan atau servis Internet yang memiliki kecepatan transfer yang tinggi karena lebar jalur data yang besar.
Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi.

Contoh yang nyata adalah
ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).


Apa kelebihan broadband...

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Broadband juga digunakan untuk merujuk kepada capaian internet jalu lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah
Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Terdapat 2 jenis broadband iaitu berwayar dan tidak berwayar:

Jalur Lebar Dengan Wayar (Wired Broadband)

Untuk komputer peribadi, adalah lebih baik menggunakan Wired Broadband. Ini kerana taliannya adalah lebih stabil berbanding wireless broadband. Lagi pun komputer peribadi anda tidak boleh dialih kemana-mana. Jadi eloklah menggunakan wired broadband seperti Streamyx. Kelajuan yang ditawarkan ialah dari 384 Kbps hingga 4 Mbps.
Selain itu kos permulaannya agak rendah jika dibandingkan dengan melanggan wireless broadband. Sebagai contoh, untuk pakej streamyx yang sederhana (RM 66 sebulan – 512 Kbps), kita hanya perlukan menyediakan kira-kira RM 400++ sahaja.

Jalur Lebar Tanpa Wayar (Wireless broadband)


Walaubagaimanapun, untuk mereka yang sibuk dan selalu bergerak ke sana ke mari membimbit laptop untuk menguruskan kerja atau bisnes, adalah lebih baik melanggan wireless broadband. Di sini, internet akan sentiasa menemani anda walau ke mana sahaja anda pergi. Baik ketika bekerja, berjumpa klien, berehat di rumah, balik kampung mahupun ketika pergi melancong! Kelajuan purata yang dicatatkan ialah 1 Mbps dan boleh mencecah sehingga 3.6 Mbps!
Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu sedia hadapi jika melanggan wireless broadband. Antaranya ialah liputannya adalah kurang stabil sedikit jika dibandingkan dengan wired broadband terutamanya ketika cuaca buruk seperti hujan lebat dan ribut petir.
Selain itu anda juga perlu mengeluarkan kos yang lebih sedikit untuk permulaan.



Mengapa Saya Inginkan Broadband...

Saya seorang peminat bola sepak. Dengan menggunakan internet broadband saya senang mendapat berita-berita terkini tentang perlawanan bola sepak terutama bagi Liga Inggeris. saya amat meminati pasukan Manchester United. Saya sentiasa mengikuti perkembangan Manchester United. Walaupun Ronaldo sebagai pemain kesukaan saya tidak lagi bersama united saya tetap menyokong pasukan ini. Bulan lepas pasukan Manchester United tiba di Kuala Lumpur untuk perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan. Saya kecewa kerana tidak dapat menyaksiakan perlawanan tersebut secara 'live'. Maklumlah budak sekolah mana ada duit nak pergi KL. Tapi dengan adanya internet broadband dapat mengubat rindu saya untuk melihat bintang-bintang united beraksi.







Di web sites 'you tube' saya dapat mempelajari teknik-teknik yang betul dalam permainan bola sepak.





Saya juga dapat mencari kawan-kawan baru melalui chatting, terutamanya kawan yang mempunyai minat yang sama dengan saya iaitu bermain bola sepak. Lagi seronok bila berjumpa dengan penyokong-penyekong united seperti saya.





Saya juga berpeluang untuk mendapatkan gambar-gambar mereka beraksi



Saya juga menghantar email kepada kawan-kawan yang turut mempunyai internet broadband. Walaupun kebanyakan sahabat saya tiada internet di rumah tapi kami sering mengunjungi pusat internet seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Pantai yang menyediakan kemudahan internet dan sering saya kunjungi.





Hidup Manchester!!! Glory! Glory!
Semoga saya akan sukses macam Manchester. Semoga hadiah nettop akan menjadi milik saya. Nanti boleh lah saya melayari internet selalu.


0 ulasan: